Mr. Os Meninggal Dalam Keadaan Berwuduk Selepas Solat Zohor

KUALA LUMPUR � Pelakon komedi popular, Mohd. Yusof Abd. Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Mr. Os terlibat dalam banyak program dakwah sebelum beliau meninggal dunia petang semalam.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, antara program dakwah yang disertai Mr. Os adalah Santai Bersama Murobbi bersama Ustaz Azhar Idrus lapor Mynewshub.

Mr. Os Meninggal Dalam Keadaan Berwuduk Selepas Solat Zohor

�Di akhir usia beliau, allahyarham banyak terlibat dalam siri-siri dakwah. Bahkan, sehingga ke hari terakhir beliau, allahyarham sepatutnya bersama Ustaz Azhar Idrus dalam program Santai Bersama UAI & Mr. Os di Terengganu.

�Sesungguhnya, allahyarham mengakhiri perjalanan dunianya dengan kerja-kerja dakwah dan perjuangan Islam sehingga ke hembusan nafas terakhir,� katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini kami ada melaporkan, dunia seni tanah air menerima berita sedih Mr. OS telah kembali ke Rahmatullah kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat.

Allahyarham yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap kanser paru-paru di Hospital Selayang, Selangor dalam usia 55 tahun.

Difahamkan, Mr. Os mengembuskan nafas terakhir dalam keadaan berwuduk selepas selesai solat Zohor. Pada Mac tahun lalu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan akibat pendarahan pada tonsil.

Filem pernah dibintangi beliau antaranya Balik Kampung (1986), Mr. Os (1987), Kembar Siam (1988), Awang Spanar (1989), Orang Kampung Otak Kimia (1990), Cikgu Romantik (1993) dan Senario The Movie (2011).

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel