Nota Terakhir Meruntun Jiwa Budak yang Maut Dipatuk Ular
Kejadian yang menimpa Nuri Nadirah Ruslan, murid tahun satu yang meninggal akibat dipatuk ular sangat mendukacitakan.
Sebelum ini, ibu kepada kanak-kanak malang terbabit telahpun mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan kisah sebenar yang berlaku kepada anaknya.
(Baca: Ibu Budak Perempuan yang Meninggal Dunia Dipatuk Ular Dedah Kisah Sebenar)
Terbaharu, tersebar di laman sosial nota terakhir yang ditulis oleh arwah yang meruntun jiwa siapapun yang membacanya.
Bapa arwah, Encik Ruslan Gazali telah memuatnaik gambar arwah Nuri dan sekeping nota terakhir yang ditulis oleh Nuri di mana arwah menyatakan kerinduan terhadap bapanya yang dikatakan berada jauh dari mereka iaitu di Kuantan, Pahang.
Nota berkenaan ternyata membuatkan hati ramai terasa pilu dengan luahan kerinduan arwah kepada bapanya itu.
Selain itu, Encik Ruslan turut menyertakan cerita sebenar yang terjadi mengenai khabar angin yang heboh disebarkan di media sosial semalam, beliau juga membuat permintaan kepada pengguna media sosial selain meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak sulungnya itu.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak syurga ini.