Pasangan Kekasih Dipuji Kerana Selamatkan Mangsa Lemas

SEPASANG kekasih di Shaanxi, China mendapat pujian daripada netizen di internet kerana tindakan pantas mereka menyelamatkan seorang lelaki lemas di dalam sungai.

Menurut CCTVNews, pasangan kekasih Wang Xudong, 26; dan Li Chenyang, 23; yang sedang berbasikal ternampak lelaki itu terkapai-kapai di dalam air kelemasan.

Pasangan Kekasih Dipuji Kerana Selamatkan Mangsa Lemas

Kelihatan orang ramai telah berkumpul di sepanjang sungai itu, manakala beberapa orang yang berada di tempat kejadian menggunakan kayu yang panjang dan tali  untuk menyelamatkan mangsa itu.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang berani untuk melompat ke dalam sungai membantu mangsa itu.

Selamatkan Mangsa Lemas, Pasangan Kekasih Dipuji
Li Chenyang, 23 dan kekasihnya Wang Xudong, 26

Wang yang menyaksikan kekecohan itu, dia serta-merta terjun ke dalam air, meskipun dia seorang perenang yang amatur namun mampu untuk menolak lelaki itu ke darat dengan bantuan beberapa penonton.

�Cerun itu benar-benar curam dan dia lompat tanpa teragak-agak. Memang menakjubkan. Kepalanya mungkin boleh terhantuk pada batu bata yang terdapat pada cerun itu, kesan memang tidak dapat dibayangkan,� kata seorang saksi kepada media.

Selamatkan Mangsa Lemas, Pasangan Kekasih Dipuji

Selamatkan Mangsa Lemas, Pasangan Kekasih Dipuji

Selamatkan Mangsa Lemas, Pasangan Kekasih Dipuji

Sebaik sahaja mangsa dibawa ke tepi, Li menggunakan pengalamannya sebagai jururawat dan melakukan bantuan pernafasan kecemasan untuk menyedarkan mangsa.

Lelaki itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Pasangan itu telah menjadi satu topik hangat di Weibo, dengan netizens menamakan mereka sebagai �pasangan yang paling cun.� 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel