Pemandu Teksi Mengganas �Serang� Pemandu Grab Car (Video)

Video seorang pemandu Grab Car yang membawa 3 penumpang diserang oleh sekumpulan pemandu teksi, viral di media sosial semalam.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu, menunjukkan pemandu Grab Car terbabit telah ditahan oleh sekumpulan pemandu teksi dengan bantuan beberapa anggota Polis Diraja Malaysia dan SPAD lapor Pixelperfext.

Pemandu Teksi Mengganas �Serang� Pemandu Grab Car

Tindakan perakam video yang juga pemandu teksi itu memaki hamun lelaki berbaju merah berkenaan dikritik netizen yang menganggap lelaki itu sudah melampaui batas.

�Tahniah sebab menunjukkan sikap pemandu teksi yang sebenarnya memang kasar dengan bahasa-bahasa yang indah,� kata netizen.

Difahamkan, Kerajaan pada masa ini tidak menghalang perkhidmatan Grab Car atau Uber dijalankan di negara ini. Malah Kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkan Uber/Grab Car mengikut peraturan yang ditetapkan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel