Penjelasan Apa Sebenarnya 'Ulat' yang Terbang di Mata Manusia Ini (Video)
Sudah pasti ramai antara kita selalu melihat objek berbentuk cacing atau ulat "transparent" seperti ini yang terapung-apung di mata kita terutama apabila melihat kearah langit, adakala ia hilang dan adakala muncul bermain-main di mata kita, apakah sebenarnya objek ini?
Untuk pengetahuan anda, ia adalah �muscae volitantes� atau 'flying flies' dan ianya bukanlah kerana terdapat ulat atau objek pelik di dalam mata kita atau semata-mata khayalan.
Sebenarnya ia terhasil dari cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah dalam mata kita yang bergerak.
Maka terhasillah paparan-paparan seperti 'ulat terbang' yang kita lihat hasil bayang-bayang cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah yang bergerak itu.
Jika anda ingin melihat dengan lebih jelas 'ulat terbang' ini, tutup mata anda dengan kedua-dua belah tangan, lalu buka mata ditempat terang seperti lihat ke langit.
Semakin terang cahaya yang masuk ke mata semakin kecil pupil dan semakin banyak "ulat-ulat" itu terhasil di retina.
Jom lihat video untuk penjelasan penuh kejadian ini.