Penjelasan Bagaimana Cacing Boleh Bersarang di Kaki

MENAKUTKAN� Seorang lelaki di China terkejut dan tidak menyangka �urat� pada kakinya itu sebenarnya adalah cacing yang bersarang di situ.

Lelaki berkenaan pada mulanya mengunjungi doktor di kolej perubatan Peking Union kerana mahu menghilangkan �urat� terbabit.

Penjelasan Bagaimana Cacing Boleh Bersarang di Kaki

Namun mengejutkan apabila ia sebenarnya adalah cacing, Dia mendapat cacing berkenaan selepas bercuti di Nigeria.

Cacing itu juga bergerak-gerak beberapa milimeter setiap hari, kata doktor yang menulis mengenainya dalam New England Journal of Medicine.

Menurut doktor terbabit, parasit itu memasuki kaki lelaki berkenaan menerusi larva dan larva berkenaan selalunya berada pada najis kucing atau anjing.

Kemungkinan lelaki itu mendapat parasit tersebut kerana dia tidak memakai kasut ketika berada di pantai dan terpijak najis yang mengandungi larva.

Dia diberikan ubat anti-parasit iaitu albendazole dan selepas dua minggu, cacing itu hilang. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel