Penjelasan Mira Filzah Isu Gambar Lucah Jilat Jeli Bentuk Kemaluan Lelaki

Pagi ini netizen dikejutkan dengan penyebaran berita mengenai seorang pelakon wanita yang baru nak popular didakwa beraksi tidak senonoh di majlis harijadinya. 

Lapor laman hiburan Astro Gempak melalui Miss K, Mira Filzah didakwa beraksi lucah menjilat jeli berbentuk kemaluan lelaki. 

"Tergamam Miss K bila mendapat kiriman gambar yang berbaur lucah itu. Mira Filzah sedang menjilat jeli berbentuk kemaluan lelaki," lapornya yang juga mendakwa gambar itu kini sedang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp. 

Difahamkan gambar itu dirakam pada majlis sambutan hari lahir Mira pada awal April yang lalu. 

Penjelasan Mira Filzah Isu Gambar Lucah Jilat Jeli Bentuk Kemaluan Lelaki

Tanpa menunggu lama, Mira Filzah tampil membuat penafian berhubung dakwaan yang tidak berasas itu melalui laman Twitter/Instagram miliknya sebentar tadi. 

"Assalamualaikum. Rasanya rata-rata pun sudah tahu gambar di atas (iaitu gambar sebenar) yang telah diedit tersebar. Tidak perlulah Mira tunjuk atau upload di sini gambar yang telah di-edit. Cukuplah Mira tampail di sini nak beritahu, nak tunjuk bahawa ini adalah gambar yang sebenar," katanya. 

Tambahnya, penjelasan lebih lanjut akan dibuat di program Melodi yang akan disiarkan Ahad nanti. 

"Cuma sekarang bagi Mira, benda-benda seperti ini biarlah Allah saja yang membalas. Mira pun tak tahu siapakah di sebalik dalang perbuatan ini tetapi Allah tahu. Bukan tugas Mira untuk menghukum," katanya. Miss K/Astro Gempak

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel