Penjenayah Berjaya Ditangkap Polis Hasil Bantuan Kanak-Kanak Ini

BRITAIN � Tindakan bijak sekumpulan kanak-kanak baring di atas tanah dan membentuk anak panah yang menunjukkan lokasi penjenayah mendapat pujian polis Surrey.

Kumpulan kanak-kanak yang dianggarkan berumur 12 tahun tersebut membawa kepada penangkapan dua perompak yang melarikan diri ke hutan berhampiran pada 27 Mac lepas.

Penjenayah Berjaya Ditangkap Polis Hasil Bantuan Kanak-Kanak Ini

Dua perompak berusia 27 dan 28 tahun berjaya ditangkap polis di dalam hutan berhampiran bandar kecil Capel dengan menggunak kamera infra-merah.

Kumpulan kanak-kanak tersebut dikatakan sedang menyertai �Easter Egg Hunt� sempena Hari Easter.

�Tindakan pantas yang diambil oleh kanak-kanak tersebut hanya boleh disaksikan dalam novel penyaisatan kanak-kanak Enid Blyton dan mereka benar-benar membantu pihak kami,� kata pegawai polis, Sarjan Paul Sochon. � Dailymail

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel