Permohonan iDANATTB Terengganu Online

Permohonan iDANATTB Terengganu Online. Anda rakyat Terengganu yang ingin memohon bantuan? Berita baik buat mereka yang layak apabila permohonan Dana Raya Negeri Terengganu untuk pemohonan baru kini dibuka dari 8 Mei sehingga 21 Mei 2016. Permohonan boleh dibuat di atas talian atau online seperti langkah yang disertakan di bawah ini. 


Permohonan Bantuan Raya Dan Dana Bakti Remaja Terengganu

Permohonan Dana Raya 2016 Terengganu Online

Permohonan Dana Raya 2016 ini di buka kepada kategori pemohon seperti berikut :-

1. Belum pernah memohon
2. Pemohon yang telah membuat permohonan pada tahun 2015 tetapi GAGAL
3. Pemohon yang bertukar jenis kategori, contohnya : 
  • Pemohon bakti remaja 2015 yang telah berkahwin dan ingin memohon dana perayaan
  • Isteri kematian suami dimana suami adalah pemohon layak 2015
  • Pemohon layak 2015 kategori Ibu Tunggal/ Duda yang telah berkahwin  Pemohon yang telah mencapai umur 65 tahun bagi Warga Emas
* Mereka yang tergolong dalam 3 kategori (tukar kategori) di atas perlu menghubungi Pejabat Daerah/ Penyelaras Dun untuk membatalkan permohonan mereka bagi kategori yang terdahulu bagi membolehkan permohonan baru boleh di buat

Nota

  • Pemohon yang telah layak pada tahun 2015, tidak perlu memohon kecuali kepada mereka yang terlibat dalam pertukaran kategori di atas. Anda akan didaftarkan secara automatik ke dalam sistem untuk semakan JKKK.
  • Pemohon diingatkan untuk mencetak borang permohonan selepas selesai membuat permohonan secara online dan menyerahkan kepada Pengerusi JKKK sebelum 21 Mei 2016 bagi pengesahan dokumen.

Syarat Permohonan Dana Raya 2016 Terengganu

Syarat-syarat permohonan boleh dirujuk di iDANATTB dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Ibu Tunggal, OKU, Warga Emas dan Orang Miskin.

Permohonan Bakti Remaja 2016 Terengganu

Permohonan Online bagi Transformasi Orang Muda (Bakti Remaja) menerusi laman web iDanaTTB kini dibuka mulai 15 Mac sehingga 15 April 2016. Golongan muda yang berusia 21 tahun sehingga 40 tahun berstatus bujang digalakkan memohon bantuan/ dana dibawah Kerajaan Negei Terengganu ini.
Semua penerima Dana Bakti Remaja pada tahun lepas diwajibkan mengisi semula melalui permohonan Online  dan pemohonan baharu.

Permohonan iDANATTB Terengganu Online

Permohonan bantuan boleh di buat secara online atau manual. Berikut adalah langkah-langkah permohonan :-
  • Secara Online - melayari Portal Negeri Terengganu pada pautan iDANATTB  (http://danattb.terengganu.gov.my).
  • Secara Manual - pergi ke Pusat Bestari.com yang berdekatan  di DUN masing-masing.

Langkah-Langkah Memohon

Terdapat 6 langkah yang perlu dilalui semasa membuat permohonan seperti berikut, Panduan lengkap cara-cara memohon boleh dirujuk di Manual PDF :

Langkah 1 : Semakan

  • Semakan dibuat dengan menggunkan No. Kad Pengenalan pemohon.

Langkah 2 : Pilihan Bantuan

  • Semua  bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

Langkah 3 : Syarat Kelayakan

  • Semua  syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

Langkah 4 : Mohon

  • Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda *. Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib diisi).

Langkah 5 : Pengesahan

  • Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

Langkah 6 : Cetak Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya
    kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan  slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan

Syarat Kelayakan Permohonan iDANATTB Bakti Remaja Online

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan iDANATTB untuk permohonan Transformasi Orang Muda (TOM) atau Bakti Remaja. Syarat penuh dan kategori permohonan boleh dirujuk di Syarat Kelayakan :-  
  1. Berumur di antara 21 hingga 40 tahun.
  2. Belum berkahwin (bujang) pada tarikh permohonan dibuat.
  3. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun).
  4. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  5. Pemohon terlibat dalam salah satu badan sukarela di Negeri Terengganu.
  6. Pemohon hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
  7. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen sebagaimana berikut :
  8. i) Kad Pengenalan Pemohon
  9. ii) Slip gaji atau
  10. iii) Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim. 

Kategori Permohonan iDANATTB Terengganu Online

1. Dana Raya
  • Ibu Tunggal
  • OKU
  • Warga Emas
  • Orang Miskin
2. Bakti Remaja
3. Bantuan Persekolahan

Jumlah Bantuan

  • Bantuan raya sebanyak RM300 seorang bagi kategori orang kurang upaya (OKU), warga emas, bapa atau ibu tunggal yang tiada anak 
  • RM400 bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah dan bapa atau ibu tunggal yang mempunyai anak
  • Dana Bakti Remaja, RM200 akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun 
Selamat memohon Permohonan iDANATTB Terengganu Online dan semoga berjaya.
Sumber : Dana TTB

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel