Punca Wakil Pekerja Rayani Air Tolak Jawatan CEO Yang Ditawarkan

PENGURUS Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan, 46 menegaskan beliau tidak mengejar pangkat dan selesa dengan jawatannya sekarang.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air, Ravi Alagendrran yang berhajat mahu memberikan jawatannya itu kepada Zulkalnain, hari ini.

Zulkalnain dilaporkan memberitahu Mstar Online, beliau mahu semua pihak termasuk Ravi bersama-sama bekerja untuk memajukan Rayani Air.

Beliau juga berharap agar Ravi melihat kebolehannya dan kakitangan lain yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri penerbangan.

Punca Wakil Pekerja Rayani Air Tolak Jawatan CEO Yang Ditawarkan
Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan

�Yang duduk di atas iaitu CEO, biarlah pemilik syarikat kerana dia yang perlu tahu dan bertanggungjawab terhadap sumber kewangan serta pengurusannya,� katanya yang merupakan bekas tentera dan mempunyai pengalaman 15 tahun dalam industri penerbangan.

Dalam kenyataan terdahulu pada hari ini, Ravi dilaporkan sedia memberi jawatan CEO yang disandangnya selain melepaskan 100 peratus pegangan sahamnya kepada pelabur baharu yang sedang berunding dengan pihak Zulkalnain, jika tiga syaratnya dipenuhi.

Syarat tersebut adalah pelabur yang diuruskan Zulkalnain perlu memenuhi sejumlah dana yang dipersetujui, menguruskan segala liabiliti termasuk melunaskan tunggakan gaji pekerja dan mengambil semua kakitangan pada masa ini sebagai pekerja bagi meneruskan operasi syarikat penerbangan itu.

Zulkalnain yang bersetuju dengan kesemua syarat itu bagaimanapun berpendapat adalah lebih baik sekiranya Ravi selaku pemilik syarikat menjadi pemegang minoriti saham.

�Apapun, saya berharap nilai pegangan saham yang hendak dijual adalah berpatutan demi menyelamatkan Rayani Air,� katanya yang mengakui sedang berunding dengan beberapa pelabur.

Mengulas keputusan Ravi meninggalkan Rayani Air, Zulkalnain berpendapat ia bukan tindakan bijak dan tidak membantu  membersihkan namanya sebagai peneraju syarikat penerbangan itu yang ketika ini dihimpit masalah dan kontroversi.

�Kalau Ravi jual 100 peratus saham kepada orang lain tanpa dia berada dalam syarikat, ia lebih memalukan. Jika dia tinggalkan syarikat, ia merupakan kegagalan dia sebagai ahli perniagaan.

�Jadi biarlah Ravi melepaskan majoriti saham tetapi masih berada dalam syarikat bagi melihat kemajuan syarikat dan bekerjasama dengan para pekerja serta memperbaiki kesilapan lalu,� katanya.

11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara selama tiga bulan ke atas Sijil Operator Udara Rayani Air, syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang beroperasi berlandaskan patuh syariah.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel