Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM Dan Sijil

Senarai Jawatan Kerajaan Yang Boleh Dimohon Oleh Lulusan SPM Dan Sijil. Anda seorang lepasan SPM dan berminat untuk memohon bekerja di perkhidmatan awam atau kerajaan (SPA)? Sebagai panduan, berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon di perkhidmatan awam untuk pelajar lepasan SPM/ Sijil. Pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke pengajian tinggi melalui UPU Online/ sebagainya boleh mengenalpasti apakah program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan dalam kerajaan sebagai asas.

jawatan kosong spa lepasan spm/ sijil

Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Secara Online

Untuk makluman, permohonan memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelulusan/ kelayakan seperti berikut :-
  1. Ijazah/ Sarjana/ PHD
  2. Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
  3. SPM SPMV SPM (V) & Sijil
  4. PMR
  5. Kelayakan Bakat
  6. Latihan Separa Perubatan
  7. Suruhanjaya Pasukan Polis

Senarai Jawatan Kerajaan Yang Boleh Dipohon Oleh Lulusan SPM/ Sijil

Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah senarai jawatan yang terdapat dan boleh dipohon oleh calon lepasan SPM/ SPMV/ SPM (V) dan Sijil.

BILJAWATANBILJAWATANBIL JAWATAN
1Juruaudio Visual Gred N1726Pembantu Keselamatan Gred KP1751Pembantu Perpustakaan Gred S17
2Jurubahasa Gred L1727Pembantu Kesihatan Awam Gred U1752Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
3Jurulatih Kawad Gred S1728Pembantu Laut Gred A1753Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
4Jururawat Masyarakat Gred U1929Pembantu Makmal Gred C1754Pembantu Syariah Gred LS17
5Juruteknik Komputer Gred FT1730Pembantu Makmal Filem Gred C1755Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
6Juruteknik Perubatan Gred U1931Pembantu Meteorologi Gred C1756Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
7Laskar Kelas II Maritim Gred XA132Pembantu Muzium Gred S1757Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
8Merinyu Tali Air Gred J1733Pembantu Pegawai Latihan Gred E1758Pembantu Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
9Pegawai Bomba Gred KB1734Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional /59Pemeriksa Cap Jari Gred N17
10Pegawai Imigresen Gred KP17
Pegawai Latihan Vokasional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)60Pemeriksa Kereta Motor Gred A17
11Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N1735Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1761Pengajar Membalak Gred G17
12Pegawai Penjara Gred KX1736Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1762Pengawal Keselamatan Gred KP11
13Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1737Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J1763Peniup Kaca Gred N17
14Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA1738Pembantu Pemuliharaan Gred S1764Penjaga Jentera Elektrik Gred J17
15Pembantu Akauntan Gred W1739Pembantu Pendaftaran Gred KP1765Penyelia Asrama Gred N17
16Pembantu Antidadah Gred S1740Pembantu Penerangan Gred S1766Penyelia Jurupakaian Gred N17
17Pembantu Arkib Gred S1741Pembantu Penerbitan Gred N1767Renjer Hutan Gred G17
18Pembantu Belia dan Sukan Gred S1742Pembantu Penguasa Kastam Gred W17

19Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E1743Pembantu Penguatkuasa Gred N17

20Pembantu Geosains Gred C1744Pembantu Penilaian Gred W17

21Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1745Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17

22Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)46Pembantu Penyelidik Gred Q17

23Pembantu Juruaudit Gred W1747Pembantu Penyelidik Sosial Gred N17

24Pembantu Kemahiran Gred H1748Pembantu Perangkaan Gred E17

25Pembantu Kesatria Gred S1749Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S17



50Pembantu Perikanan Gred G17


Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan SPM 

Menurut Portal Rasmi SPA, calon yang memohon jawatan dari kelayakan masuk SPM dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, syarat-syarat yang dinyatakan di atas adalah dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan berikut:
  1. Pembantu Keselamatan Gred KP17
  2. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
  3. Pembantu Kesatria Gred S17
  4. Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Semoga Senarai Jawatan Kerajaan yang ditawarkan untuk Lulusan SPM Dan Sijil ini boleh dijadikan panduan sebelum memohon.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel