Suami Tak Balas WhatsApp Isteri. Sehinggalah..
Betapa pentingnya whassap atau mesej isteri kita? Kadang-kadang bukan apa yang ditulis. Tetapi kisah hidupnya. ingin berkongsi dengan orang yang di cintai. Bacalah mesej mereka dengan hati. Belajarlah memahami dan betapa penting reply dan fahamnya seorang suami.
Seorang boss sebuah tempat pegang tangan saya masa keluargasunnah. Dia tarik saya keluar dewan. Saya tak pernah menangis. Hari ini entah kenapa masa ustaz doa saya menangis. Puas saya tahan. Dia tanya saya, saya rasa macam sakit jiwa. Pening kepala saya. Isteri saya asyik moody. Selalu nak marah. Cara dia marah senyap jer. Marah anak-anak. Buat muka dengan saya. Mogok tak masak. Kami dah kahwin 7 tahun ustaz. Saya kahwin lambat.
Artikel ini adalah hasil perkongsian Ustaz Ebit Lew.
Saya tanya kenapa. Dia diam jer. Baru-baru ini semakin menjadi-jadi. Benda remah jer ustaz kadang-kadang tu. Tak fahamlah saya orang perempuan ni. Saya penatlah dan tak tahulah ustaz..
Abang tadi makin mengalir air mata sambil dia cepat-cepat lap air matanya.
Allah sayang abang. Saya tahu itulah sifat lelaki yang betul rajin bekerja mencari rezeki halal buat keluarga. Isteri hadiah kurnia Allah buat kita dan amanah Allah yang besar.
Wanita tak mahu lebih, mereka cuma ingin didengar. Kehadiran mereka dirasai. Bersama mereka dengan jiwa. Cuba abang buka hp. Abang rajin reply whasap isteri tak? Abang sempat tengok fb isteri tak? Abang tengok miscall isteri tak?
Itupun boleh buat mereka jatuh cinta kepada kita. Kerana mereka dah tiada orang lain. Mereka cuma ada suami. Kita ramai kawan-kawan. Kita jumpa ramai orang. Kita disibukkan dengan kerja. Mereka tiada sesiapa lagi. Nak berbual dengan anak tak faham..
Dia kata ya Allah. Betul lah ustaz. Saya jarang buat semua tu. Abang duduk dan cuba buka fb isteri. Cuba tengok whasap isteri. Mereka cuba bercakap tapi tak dilayan. Sebab tu mereka senyap jer..sifat mereka memang begitu..mereka tak mahu pujian, penghargaan atau layanan sesiapa melainkan suami mereka..
Cuba tengok whasap. Semuanya double tick. Blue tick tapi tiada balasan. Jika balas macam tak nak balas.
"Abang, anak-anak semua asyik mengamuk jer. Nak nangis jer 24 jam. Matilah saya macam ni"
"Abang, nanti tolong beli pampers dan susu anak habis"tinggal untuk 2 kali jer lagi buat..
Abang asyik menyepah dan bergaduh jer budak-budak ni. Sakit kepala..
Abang saya rasa macam migrain tak larat dah.
Abang, tangan saya rasa macam salah urat. Sakit, tak tahu kenapa. Dukung anak agaknya.
Abang saya tak larat nak masak lah..
Abang lambat lagi ke balik. Abang kat mana tu..
Abang malam ni nak ke mana-mana ke
Abang sibuk ke kerja?penat ke?
Suami jarang jawab. Jika jawab yeker?
Biasalah budak memang macam tu. Bawalah anak-anak pergi klinik..
Yerlah nanti saya beli. Rupanya dah pesanan kali 25. Belum beli lagi. Nak suruh tolong belikan tapi tak bagi duit..last isteri kena pergi beli sebab dah habis. Pergi kedai kena bawa 4 orang anak. Parking susah. Mana nak pegang tangan. Mana nak bawa barang. Mana nak bayar.
Isteri mengadu migrain sebab dah lama suami tak picit. Tak manja-manja. Tak lama tak bercuti berehat sama-sama. Minta tolong beli ubat. Tolong beri perhatian.
Tangan sakit sebab tangan itu angkat bakul baju berat. Penuh kain. Tangan tu dukung anak sambil masak. Tangan tu beli barang. Tangan tu nak urut suami. Tangan tu geram sakit cubit anak..tangan tu angkat barang berat dalam rumah. Tangan tu kemas barang niaga suami dalam rumah. Ya Allah.
Jika mereka tanya kita sibuk, penat ke?sebenarnya mereka tengah penat dan sibuk. Mereka nak meluah jer.
Jika mereka tanya tak nak pergi or makan mana-mana ke? Maknanya mereka nak minta kita buat kejutan or bawa mereka jalan-jalan or makan-makan.
Asal sakit suruh pergi klinik. Macam mana nak bawa anak klinik. Siapa nak pegang. Siapa nak susukan anak. Siapa nak bawa kereta. Siapa nak daftar masuk. Siapa nak bayar..
Kita reply semua mesej orang yang bukan sesiapa untuk kita. Kawan-kawan, kawan kerja, kawan lama...kita rasa bersalah tak reply. Kita like page enta siapa-siapa. Ambil tahu hal orang sana sini. Politik itu ini. Rasa malu tak tahu hal semasa. Apa yang viral masa ni. Tapi kita lupa pasangan dan anak-anak yang Allah amanah kepada kita. Orang paling baik ialah orang yang paling baik kepada ahli keluarganya.
Ya Allah itulah isteri kita..sayangilah dia. Maafkanlah dia. Terimalah kekurangannya. Kasihankan. Tapi semuanya indah jika kita bawa mereka kepada cinta Allah. Allah sayang kita.