Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2016
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2016. Apakah tajuk atau tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPMU 2016? Menerusi makluman rasmi KPM, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPMU 2016 (SPM Ulangan) pada 3 Mei 2016 dan boleh di muat turun sehingga 6 Jun 2016.
Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2014. Klik Skema jawapan.
Selamat membuat persediaan yang terbaik dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah tahun 2016 nanti. Semoga berjaya.
- Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016 klik Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2016
Berikut adalah tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPM Ulangan 2016 :-- Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi. Calon boleh memuat turun tema dan arahan dalam PDF bermula 3 Mei hingga 6 Jun 2016 di LP MOE.
Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 Tahun 2015
1. SPM 2015 (November)
Untuk makluman, Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 (November) adalah bertajuk :-- Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.
2. Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (U) 2015
Tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU tahun 2015 adalah- Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.
Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2014. Klik Skema jawapan.
Selamat membuat persediaan yang terbaik dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah tahun 2016 nanti. Semoga berjaya.