TNB Dedah El-Nino Punca Bil Elektrik Naik Mendadak
Jadi viral hari ini di mana laman Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline, �diserang� netizen yang tidak berpuas hati bil elektrik bulanan mereka naik mendadak berbanding kadar penggunaan biasa.
Menurut Farhan Sofia, bil elektriknya pada bulan lalu RM60 sahaja. Namun, bil elektrik bagi bulan April pula dikenakan sebanyak RM182. Naik tiga kali ganda!
�Bila call TNB Careline dan tanya kenapa naik 3 kali ganda, TNB jawab �sebab el-nino�. Selepas itu cakap okay dan akan hantar kakitangannya untuk periksa kalau. Kalau meter rosak, TNB akan ganti. Kalau tak rosak, TNB akan caj pada bil saya sebanyak RM5.
�Kenapa nak caj lagi? Tak cukup ke dah dekat tiga kali ganda TNB caj bil elektrik saya? Sedangkan saya 7 hari seminggu, hanya malam sahaja berada di rumah. Customer minta tolong, bukan minta dikenakan caj tambahan,� katanya.
Jumlah bil elektrik Puan Suziey Sue pula, lebih dahsyat di mana beliau dikenakan caj sebanyak RM569.90.
�Tinggi tak tinggi bayaran bil elektrik rumah saya. Dah macam office pula. Lagi RM150 saja untuk bayaran sewa rumah,� katanya.
Seorang netizen yang tidak didedahkan nama ini pula berkata. kebiasaannya beliau dikenakan sebanyak RM80 sahaja. Namun pada bulan April, TNB menetapkan jumlah caj penggunaan sebanyak RM200.
�Biasa saya kena RM80 camtu. Kenapa bil untuk bulan ini naik mendadak sampai RM200? Bila saya pergi TNB terdekat, kakitangannya kata salah bacaan meter. Bila pergi periksa, bacaan tetap sama, saya tetap disuruh bayar jumlah itu. Jadi, buat apa datang check kalau dipaksa juga untuk bayar jumlah yang ditetapkan itu?
�Kami bukan banyak duit kena bayar setiap kesalahan staff TNB yang salah baca meter. Kami bukannya sentiasa berada di rumah setiap kali kakitangan TNB datang check meter, kami berkerja,� katanya.
Susulan itu, ramai pengguna mendesak TNB memberikan penjelasan mengenai isu yang timbul kerana jumlah caj yang dikenakan itu agak tidak munasabah dan mengelirukan.