Wanita Dapat Kembar 5 Selepas Berdoa Depan Kaabah Mahu 6 Anak (21 Gambar)
Ramai wanita diluar sana teringin untuk mendapatkan anak dan ada antara mereka yang kata takut untuk melahirkan anak kerana sakit. Tetapi macam kata ibu-ibu di luar sana beranak ramai, "beranak(bersalin) memang sakit, tapi bila rasa beranak sekali dan tatap wajah anak yang dilahirkan, buat kita akan rasa hendak beranak lagi."
Memiliki anak memang indah, ia adalah tanggungjawab dan amanah daripadaNya.
Apa yang kami ingin kongsikan di sini kisah seorang ibu muda bernama Lely Solihati, 32, yang berasal dari Cirebon, Jawa Barat, Indonesia telah selamat melahirkan 5 orang bayi kembar yang kesemuanya lelaki dengan melalui pembedahan pada 10 Januari lalu.
Bayi-bayi yang dilahirkan awal 9 minggu ini kini sudah pun berusia empat bulan dimana kesemuanya sihat walafiat di mana dia dan suaminya, Habibie Ahmad Akbar telah menamakan kelima-lima bayi ini dengan singkatan A, I , U ,E , Dan O di mana untuk memudahkan mereka mengingat nama lapor Siakapkeli.
1. Abbid Muhammad Akbar
2. Izzul Syaefuddin Al Akbar
3. Uqkail Fahul Akbar
4. Ezra Khayru Akbar
5. Oxy Abhitya Akbar
Kelima-lima bayi comel ini dilahirkan pada jam 12.28 pagi, 12.29 pagi, 12.31 pagi, 12.32 pagi dan 12.33 pagi pada tarikh 10 Januari 2016.
Kisah kelahiran 5 orang bayi ini telah pun mendapat perhatian banyak media cetak di Indonesia yang menceritakan kisah Lely yang sudah mempunyai anak telah pergi ke Mekah menunaikan umrah.
Semasa di depan Kaabah, Lely telah berdoa supaya dia dikurniakan 6 orang anak dan tidak lama selepas pulang dari Mekah dia telah disahkan mengandung buat kali kedua yang menyaksikan mendapat kembar 5 sekali gus.
Jom kita lihat video dan gambar-gambar keluarga bahagia ini.
Bahagianya melihat kerenah kelima-lima mereka, apapun tahniah kepada pasangan ini dan si kakaknya, semoga anak-anak kecil ini membesar dengan baik dan menjadi tahfiz sebagaimana yang diimpikan ibunya.