Waspada Ketika Membeli-Belah di Ikea Cheras
Wanita Cerita Detik Cemas Anak Nyaris Diculik di Ikea Cheras | Kejadian ini di IKEA Cheras. Troli saya didekati dan diikuti oleh mereka yang saya kaburkan wajah itu. Mereka siap pegang troli. Anak menjerit panggil ayahnya, saya beralih tempat pun mereka mahu ikut. Kepada ibu bapa semua, berhati-hatilah.
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Norlela Abd Hamid.
Saya pergi ke IKEA ini untuk membeli barang keperluan, kami sekeluarga datang dan kemudian anaknya diletakkan dalam troli.
Selesai membuat pembayaran, kami berhenti minum di tempat minum air berhadapan dengan kaunter pembayaran. Sementara itu suami melayan anak yang seorang lagi membeli aiskrim.
Troli kami didekati oleh tiga individu dalam gambar. Mereka memegang troli itu dan pada masa yang sama anak saya menjerit memanggil ayahnya. Tersedar dan melihat sendiri perbuatan mereka itu, lalu saya membawa troli ke tempat lain dan sempat merakam gambar individu-individu terbabit. Walaupun sudah berganjak ke tempat lain, mereka masih lagi mengekori kami!
Mungkin mereka nak ambil beg yang dipegang oleh anak saya. Selepas kejadian itu, kami terus pulang. Tak sangka pula ada orang yang memerhatikan kami.
Saya terpaksa kaburkan wajah mereka kerana tiada bukti mereka mahu menculik budak walaupun tindak tanduk mereka amat mencurigakan.
Ada terfikir nak melaporkan perkara itu kepada pihak IKEA tetapi tidak jadi sebab tiada barang yang hilang. Bimbang pihak IKEA tahan orang itu pula. Kalau ditahan, nak ditahan atas sebab apa?
Saya hanya ingin memberikan peringatan kepada semua ibubapa agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada tidak kiralah di mana anda berada. Tidak semestinya anda datang ke IKEA sahaja.
Bayangkan kalau lelaki dan perempuan dalam gambar ini melarikan anak saya, kemudian anak menjerit dan menangis. Anda ingat orang akan tahan ke perempuan yang mendukung anak saya itu dan bertanya
"Kenapa anak puan menangis?"
Sudah tentu 100% anda tidak akan berbuat demikian.
Selain itu, apakah anda selesa diekori oleh orang yang tidak dikenali sepanjang masa? Kalau nak bersangka baik pun kena tengok pada tempatnya.