Cara Dapatkan Tiket Percuma Final Piala FA 2016

Cara Dapatkan Tiket Percuma Final Piala FA 2016. Dikongsikan dari FB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin khas untuk anak Johor.  Peluang untuk dapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2016 di antara Johor Darul Ta�zim (JDT) dan PKNS FC, di Stadium Shah Alam, Sabtu, 14hb Mei 2016.
Tiket Percuma Final Piala FA 2016 jdt vs pkns

Untuk mendapatkan tiket, anak Johor dipelawa menyertai cabaran �Johor Berkemajuan� seperti panduan dan syarat-syarat yang disertakan di bawah ini.

Cara Dapatkan Tiket Final Piala FA 2016 JDT Vs PKNS

Syarat-Syarat Penyertaan

1.Muat naik gambar kreatif beridentitikan negeri Johor di laman media sosial anda (FB, Instagram dan Twitter) beserta salah satu slogan berkaitan Johor Berkemajuan, seperti berikut:
  • Apa erti Johor Berkemajuan kepada diri anda? ATAU
  • Bangsa Johor perlu menyokong Johor Berkemajuan kerana? ATAU
  • Apakah ciri-ciri Bangsa Johor yang berkemajuan?.
Sila hashtag: @muafakatjohor ?#?muafakatjohor? di setiap penyertaan anda.
2. Print screen gambar dan slogan yang dimuatnaik di FB, Instagram dan Twitter anda, dan emailkan kepada jdtcup@gmail.com Sila letakkan subjek email: Johor Berkemajuan dan butiran peribadi seperti berikut:
  • Nama
  • No. Kad Pengenalan
  • Alamat Rumah / Daerah
  • No. Telefon
  • Pilih tempat untuk menebus tiket (Johor Bahru ATAU Kuala Lumpur)

Nota

  • * Satu email bagi satu penyertaan sahaja.
  • * Satu (1) tiket PERCUMA menanti anda bagi penyertaan dengan slogan yang menarik dan
  • menepati kriteria.
  • * Pemenang bertuah akan dihubungi menerusi email.

Contoh Slogan

  • 1. Johor Berkemajuan adalah pembentukan jati diri Bangsa Johor ke arah menjadi masyarakat maju.
  • 2. Saya menyokong Johor Berkemajuan agar menjadi hab ekonomi yang tersohor di rantau ini.
  • 3. Bangsa Johor yang berkemajuan adalah bangsa yang bermuafakat, saling menghormati, dan mempunyai iltizam yang tinggi.
  • 4. Johor Berkemajuan akan tercapai sekiranya Bangsa Johor sama-sama mengamalkan budaya sukarelawan sebagai budaya bangsa Johor
Selamat mencuba

Cara Dapatkan Tiket Percuma Final Piala FA 2013

Pada tahun 2013, satu peraduan juga telah diadakan untuk anak Johor mendapatkan tiket percuma perlawanan akhir Piala FA 2016 diantara JDT vs Kelantan.
Tiket Final FA 2013 Harimau Selatan
MB Johor
Sebanyak 2000 tiket percuma akan diberikan kepada anak Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim layak ke perlawanan akhir Piala FA pada 29 Jun 2013 seperti diumumkan oleh MB Johor di video di bawah ini.

Cara-cara dapatkan tiket percuma Pinal Piala FA 2013 - Johor DT Vs Kelantan

1. Ambil Gambar anda dengan apa sahaja yang beridentitikan Johor beserta slogan 'saya bangga menjadi anak johor kerana ......( tdak melebihi 30 patah perkataan )

2. Email gambar dan slogan ke johordarultazim@gmail.com beserta butir peribadi anda 

1. Nama,
2. No kad pengenalan
3. Alamat rumah
4. No Telefon
5. Tempat pengambilan tiket (JB atau KL)

2000 penyertaan terawal yang terbaik layak menerima satu tiket percuma.

Senarai penerima akan diumumkan sebelum 25hb Jun 2013.

Terima Kasih.

Sumber FB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel