Kematian Tragis Dijolok Cangkul Jadi Bahan Troll Di Laman Sosial
BEBERAPA gambar tidak sensitif mempersendakan cara kamatian seorang remaja perempuan dari negara jiran yang disula dengan cangkul, mula dikesan di media sosial.
Gambar-gambar tersebut dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab dan salah seorangnya dipercayai merupakan anggota polis berdasarkan penelitian di halaman Facebooknya lapor Mynewshub.
Pengguna akaun Facebook El Torreto, memuat naik gambar parodi dengan kapsyen:
�Mangsa rogol terbaru, sebelum ni guna cangkul, tapi yang ni menggunakan penyodok sampah. Tragis. PDRM action.�
Manakala, dua lagi gambar parodi yang tidak diketahui pelakunya turut mendapat kecaman hebat dari pengguna media sosial.
Tindakan kurang ajar mereka itu jelas memaparkan sikap tidak sensitif kerana menjadikan tragedi menyayat hati sebagai bahan jenaka.
�Tergamak mereka buat begini. Bagaimana jika kejadian ngeri itu berlaku pada ibu atau adik perempuan mereka? Sanggupkah bergurau seperti ini?� soal seorang netizen.
�Perempuan ni bukan saja adik beradik kita atau rakan taulan. Tapi juga isteri, ibu kita, orang yang melahirkan anak-anak kita.. kurang ajar punya joke!� komen ZF Zamir.
Selain itu, troll Amran Fans mengenai kematian gadis dijolok cangkul juga viral di laman sosial.