Kentut Busuk Baik Untuk Kesihatan Dan Orang Di Sekeliling Anda

Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari. Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan � apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan �terapung� di udara untuk semua orang bau.

Walaupun ia bersifat begitu, anda jangan risau kerana kentut berbau sebenarnya adalah isyarat yang memberitahu bahawa badan anda sihat. Dan anda mungkin akan terkejut jika anda tahu yang kentut berbau boleh membuatkan kita lebih sihat!

Kentut Busuk Baik Untuk Kesihatan Dan Orang Di Sekeliling Anda

Maksud Kentut Berbau

Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda. Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa badan anda sedang berfungsi dengan betul. Jika kentut anda tidak berbau, jangan risau kerana ia juga adalah perkara yang normal. Bau yang datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan. Apabila sedang dicerna, ia adalah sebahagian daripada proses dalam mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan itu. Kini, terdapat pelbagai peringkat kentut berbau.

Menghidu Bau Kentut Busuk Orang Lain Mungkin Akan Membantu Seseorang Itu Untuk Hidup Lebih Lama

Menurut satu kajian, menghidu kentut orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia. Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Bagaimana Pula Dengan Kentut Yang Terlampau Busuk?

Mungkin akan ada yang berfikir mereka sebenarnya tidak sihat disebabkan kentut mereka yang sangat busuk itu. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sangat baik dan bagus untuk anda! Bau yang terlampau busuk ini bermaksud diet anda adalah cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat � yang biasa berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi dengan serat. Makanan ini termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah adalah makanan utama yang akan membuatkan kentut anda menjadi sangat busuk.

Satu-satunya masalah yang mungkin datang bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu. Bagi kentut berbau selepas anda meminum segelas susu atau apa-apa bahan tenusu mungkin adalah tanda-tanda kepada intoleransi laktosa. Kentut berbau yang sangat kronik juga mungkin menjadi tanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom usus terganggu. Tetapi ini adalah kes-kes yang lebih jarang berlaku, kerana kentut berbau umumnya tanda usus yang sihat.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dengan kentut anda sendiri kerana pada hakikatnya, ia mungkin dapat membantu anda dalam melawan penyakit. - Toodia.my

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel