Permohonan Dan Semakan Kolej Vokasional Di ILKS Jun 2016 Online
Permohonan Dan Semakan Keputusan Kolej Vokasional Di ILKS Sesi Jun 2016 Online. Anda berminat memasuki Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) and masih belum ditawarkan kemasukan di mana-mana Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Berita baik seperti dikongsikan dari Portal Rasmi KPM yang memaklumakan bahawa murid lepasan Tingkatan Tiga tahun 2015 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM (yang menjurus kepada program Kolej Vokasional) di ILKS sesi ambilan Jun 2016.
Selamat membuat Permohonan ILKS Sesi Jun 2016 Online dan semoga anda berjaya.
Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016
Permohonan kemasukan ke ILKS untuk Program Kolej Vokasional KPM akan dibuka bermula dari 2 Mei hingga 12 Mei 2016. Permohonan hendaklah dibuat secara online.- Tarikh Buka : 2 Mei 2016
- Tarikh Tutup : 12 Mei 2016
- Applikasi Permohonan : Klik SPTV
Syarat Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional KPM di ILKS
Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-Syarat Umum
- Calon adalah seorang Warganegara Malaysia
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Calon mestilah sihat tubuh badan
- Calon perlu bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
- Calon bebas daripada masalah mental, dan
- Calon berminat dengan program yang dipohon
Syarat Khusus
- Calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3), dan
- Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)
Senarai Kursus Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai kursus dan tempat yang ditawarkan untuk Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-NEGERI | LOKASI/ TEMPAT | CARA HUBUNGI | KURSUS YANG DITAWARKAN |
---|---|---|---|
SELANGOR | Enter Corridor Training Centre, Wisma Enter Coridor, No.30, Jalan Klang Sentral 11/KU5, Klang Sentral Bukit Raja, 41050 Klang, SELANGOR Klang Selangor 41050 | 03-33449830 | Teknologi Mekatronk (Robotik) |
Septronic Skills Training Centre, CH - 6, Apt. Buginvilla, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, SELANGOR Rawang Selangor | 03-60215993 | Collision Repair Reengineering Technician | |
KRU Academy Sdn. Bhd, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8 Cyberjaya 63000 Selangor | 03-8319 3888 | Kesan Khas Visual & Animasi 2D | |
SARAWAK | PPKS Ilmu Sdn. Bhd.Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, 93050 Kuching, SARAWAK Kuching Sarawak 93050 | 082-364198 | Penjanaan Kuasa Elektrik |
JT Akademi Sdn. Bhd.No.51, Lot 918, Section 54, KTLD Peace Road, 93450 Kuching, SARAWAK Kuching Sarawak 93450 | 082-370078 | Subsea Welding Technology dan Oil & Gas Welding Technology | |
KELANTAN | Akademi APFT Maintenance Training. Terminal Lama, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, KELANTAN | 09-7798801 | Aviation (Ground Handling - Ramp Services) |
TERENGGANU | Ranaco Marine Sdn. Bhd. Lot 4538, Kawasan Perindustrian Jakar II Kemaman Terengganu 24000 | 09-8593800 | Pengajian Nautikal, Teknologi Marin dan Kejuruteraan Kapal |
Semakan Keputusan Kolej Vokasional ILKS Online
Dikongsikan dari Portal Rasmi KPM, Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional KPM di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Ambilan Jun 2016 boleh disemak bermula 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016.Cara Hubungi
Sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan dan sebagainya.Selamat membuat Permohonan ILKS Sesi Jun 2016 Online dan semoga anda berjaya.