Ayat-Ayat Cinta Sentap Untuk Kekasih Yang Suka Menyakitkan Hati

Status ayat-ayat cinta sentap untuk kekasih suka sakitkan hati kita! Pernahkah anda berasa geram dan kecil hati dengan sikap kekasih anda yang suka sakitkan hati anda dan seolah-olah tidak mengambil serius akan perhubungan cinta dengan anda? Malah, kadang-kadang dia bertindak dan berkelakuan seperti dia bencikan anda dan anda seperti alat mainannya sahaja.

Mungkin dia sedar atau mungkin juga dia memang berniat untuk berbuat demikian kepada anda, anda tidak akan pernah tahu sehinggalah dia akhirnya meninggalkan anda untuk orang lain. Jika dia tidak sedar bahawa perbuatannya menyakitkan hati anda, anda boleh cuba sedarkan dia dengan memberi status atau ayat-ayat cinta makan dalam ataupun ayat-ayat cinta sentap yang pasti akan membuatkannya berfikir panjang.

Ayat-Ayat Cinta Sentap Untuk Kekasih Yang Suka Menyakitkan Hati

Dibawah ini adalah status ayat-ayat cinta sentap untuk kekasih yang suka sakitkan hati kita:

Awak mungkin lupa orang yang awak pernah awak sakiti. Tapi orang-orang yang awak sakiti itu tak pernah lupakan cara awak sakiti mereka. Sampai mati!

Lebih baik mencintai orang yang kurang rupa tapi setia,
daripada mencintai orang yang ada rupa tetapi suka berfoya-foya!

Kalau benci pun, At least senyum bila jumpa.
Kalau dah benci sangat, kau tampar dia lepas tu lari! Settle!

Bila aku diam,
aku sakit,
Bila aku buka mulut,
kau pun akan rasa sakit!
�.
Susah manusia ni,
buat baik salah,
buat jahat salah,
dia saja yang betul,
dia saja yang tak salah,
perangai macam sampah!

Bila aku perhatikan, aku yang over kejar kau.
Tapi kau?
Apa kau buat?
Kalu hanya duduk diam, tanpa buat apa-apa.
Ok, aku pergi.

Itulah dia sebahagian ayat-ayat cinta sentap untuk kekasih. Kalau kekasih anda terus-menerus suka sakitkan hati anda, maka sedarlah bahawa dia itu memang bukan jodoh anda dan lebih baik anda tinggalkannya untuk mencari orang lain yang lebih layak untuk diri anda.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel