Bebas Dari Penjara, Ini Janji Ameng Spring

Vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng akan pulang ke kampung halamannya di Terengganu untuk meminta restu daripada Ibu-bapanya sebelum memulakan semula kehidupan baharu selepas dibebaskan dari penjara.

Ameng berkata, dia terlebih dahulu akan pulang ke kampung mertuanya di Melaka untuk menyambut Ramadan sebelum pulang ke Terengganu.

Bebas Dari Penjara, Ini Janji Ameng Spring

�Dulu saya ke Kuala Lumpur tidak mendapat restu keluarga. Mungkin itu juga punca saya jadi begini. Kali ini saya ingin tebus semula apa yang sudah saya lakukan kepada mereka,� ujarnya.

Selain itu Ameng berkata, dia menganggap pembebasan ini adalah sebagai peluang terakhir yang diberikan kepadanya untuk membetulkan jalan hidup.

�Saya insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan lalu dan bagi saya ini adalah peluang kedua dan terakhir yang Allah berikan supaya saya sedar dan mengubah jalan hidup.

�Saya tidak mahu sia-siakan apa yang saya akan lalui selepas ini terutamanya terhadap keluarga dan anak-anak,� ujarnya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel