Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah. Berikut dikongsikan Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah untuk panduan pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Pelajar boleh menghuraikan akan kepentingan untuk memelihara/ memulihara bangunan sejarah di Malaysia mengenai pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah anda pelajari serta harapan agar bangunan/ binaan bersejarah terus kekal untuk kepentingan negara pada masa depan.

Rumusan Bangunan Bersejarah

Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah

Berikut dikongsikan beberapa contoh rumusan bangunan bersejarah yang perlu anda huraikan dengan lebih lanjut lagi.  Contoh yang diberikan hanya sebagai panduan sahaja.

Contoh 1

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan�rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.

Contoh 2

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka.

Contoh 3

Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A� Famosa yang
kian dilupakan oleh masyarakat kini. Melalui kajian ini, saya amat berasa bangga dan kagum dengan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung, A� Famosa telah menjadi lambang kemegahan negara kita.

Saya   juga   menyedari   bahawa   masyarakat   mesti   bekerjasama   untuk
mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Ini kerana bangunan-bangunan bersejarah ini penting untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Selain itu,   masyarakat   juga   mesti   memelihara bangunan-bangunan bersejarah ini   supaya generasi yang akan datang dapat menikmatinya

Akhir sekali, saya mendapati bahawa bangunan-bangunan bersejarah ini amat
penting   untuk   meningkatkan   ekonomi   negara.   Hal   ini   kerana  bangunan-bangunan tersebut telah dijadikan sebagai tempat pelancongan yang terkenal. Sebagai contoh, Kota A� Famosa telah menjadi mercu tanda Melaka dan merupakan tempat pelancongan di dalam dan luar negara. Secara tidak langsung, kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dicapai disebabkan oleh ekonomi negara yang semakin meningkat.

Contoh 4

Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia.Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunanbangunan bersejarah ini.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.


Semoga Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah ini boleh dijadikan panduan buat pelajar Tingkatan 3 menyiapkan tugasan anda dengan jayanya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel