�Ingatkan Dah Ada Diploma Senang Cari Kerja. Rupa-Rupanya..�

Sekiranya pada 30 tahun lepas, memiliki segulung diploma merupakan perkara yang membanggakan dan boleh dijadikan role model atau contoh kepada keluarga ataupun di kampung anda berasal.

Peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan juga boleh dikatakan lebih cerah berbanding dengan lepasan SPM.

Namun, zaman telah berubah. Segulung diploma yang anda miliki itu tidak mampu untuk menjanjikan anda langit dan bintang kerana persaingan yang tinggi dengan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda atau lepasan Ijazah Sarjana yang dilihat semakin bertambah seiring dengan penubuhan universiti-universiti tempatan di setiap negeri.

Ingatkan Dah Ada Diploma Senang Cari Kerja

Kebanyakan syarikat-syarikat besar meletakkan kelulusan Ijazah Sarjana Muda sebagai syarat kelayakan pendidikan minimum untuk ditawarkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat mereka.

Apa yang lebih menyedihkan apabila persaingan yang sengit di antara pemegang Diploma dengan pemegang Ijazah Sarjana Muda menjadikan tangga gaji untuk lepasan Diploma berada di sekitar RM1,400 berbanding dengan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang boleh mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

Selain daripada itu, pemegang Diploma turut dinilai berdasarkan jenis pengajian yang diambil semasa belajar samada di bidang professional seperti ataupun umum dan rating universiti atau kolej yang mengeluarkan sijil Diploma tersebut.

Kemahiran lain seperti kemahiran insaniah ataupun soft skills dan kemahiran untuk berbahasa Inggeris turut menjadi salah satu sebab mengapa sesetengah graduan lepasan Diploma sering tidak dianggap kompetitif berbanding dengan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda.

Berdasar sebuah kaji selidik yang dijalankan oleh Jobstreet.com, gaji pemegang ijazah sarjana muda di Malaysia adalah di antara RM1,800 hingga RM2,600 sebulan. Manakala gaji bagi pemegang diploma adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,800 sebulan.

Kaji selidik terbaru Jobstreet Malaysia mengenai gaji ini dijalankan untuk mengetahui jumlah gaji yang diminta oleh pemegang diploma dan ijazah di Malaysia.

Menurut kaji selidik itu :-

  • Majoriti lepasan universiti memerlukan purata sebanyak RM700 atau lebih bagi memenuhi keperluan asas seperti perbelanjaan harian termasuk pengangkutan, makanan, sewa dan hiburan.
  • 29% responden menolak tawaran pekerjaan kerana gaji dan manfaat ditawarkan tidak memenuhi jangkaan mereka.
  • Sebanyak 54% pemegang ijazah sarjana muda menerima gaji seperti yang dikehendaki manakala 35% lagi kurang dari RM1,800 sebulan.
  • 37% pemegang diploma menerima gaji kurang dari RM1,200 sebulan iaitu paras lebih rendah dari jangkaan.
  • 23% daripada responden merasakan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris.
  • 22% merasakan mereka lemah dalam skil komunikasi antara sebab utama mereka gagal untuk mendapatkan pekerjaan.
  • 74% dari 773 lepasan universiti yang sedang bekerja berjaya memperoleh pekerjaan kurang dari 3 bulan.
  • 16% menerima tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian.
  • 65% pemegang ijazah sarjana muda dan 59% pemegang diploma bagi mereka yang tamat pengajian pada 2011 masih belum berkerja.


Berdasarkan kajian yang dibuat Jobstreet Malaysia terdapat 2,062 responden mengenai gaji RM2,500 di kalangan lepasan Ijazah Sarjana Muda sebulan di Malaysia

  • Siswazah yang baru mendapat pekerjaan dengan gaji siswazah setiap bulanan sebanyak RM2,500 berdepan kesukaran untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat
  • Sebanyak 77 peratus daripada mereka memberitahu tidak mempunyai baki wang mencukupi untuk membuat simpanan kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan.
  • Pecahan perbelanjaan mereka adalah (63 peratus bersamaan RM1,500 untuk tujuan pembayaran pinjaman kereta & pinjaman PTPTN contohnya, kos minyak, tol)
  • 50 peratus tinggal bersama ibubapa, 30 peratus lagi menyewa secara berkongsi bersama rakan dan 20% sahaja yang membuat keputusan tinggal berseorangan.
  • 87 peratus daripada responden tidak memiliki pendapatan sampingan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel