Isteri Nekad Potong Kemaluan Suami Curang
PATTAYA, THAILAND - Padah bermain cinta dengan kawan baik isteri, seorang lelaki mengalami pendarahan teruk apabila kemaluannya dipotong oleh isterinya sendiri.
Lapor Daily Mail, wanita yang berniaga ayam goreng bersama suaminya di bandar itu pada mulanya hanya mendengar khabar angin yang suaminya, Somchai, berlaku curang di belakangnya.
Setelah disiasat dan mendapati bahawa khabar angin mengenai suaminya itu adalah benar, wanita itu berang dan merancang mahu membalas dendam.
Dia berpura-pura memaafkan Somchai dan melakukan hubungan seks bersama. Namun, ketika Somchai sedang berehat, wanita itu terus mengambil pisau dan terus mengelar kemaluan suaminya sehingga hampir terputus.
Panik melihat suaminya mengalami pendarahan dan kecederaan yang serius, dia segera menghubungi ambulans.
Ketika ditemui paramedik, Somchai dalam keadaan berlumuran darah sambil meletakkan pek ais di pangkal pahanya.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bang Lamung yang turut ditemani oleh isterinya.