Kemunculan �Wajah� Misteri Di Gunung Kinabalu
KOTA KINABALU � Kemunculan imej yang menyerupai �wajah� pada permukaan puncak St. John di Gunung Kinabalu mengejutkan pendaki dan pengguna media sosial di Sabah. Imej pemandangan unik berkenaan kini menjadi viral.
Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata lakaran �wajah� dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan tertentu di atas gunung lapor mStar Online.
�Ia hanya dapat dilihat selepas matahari terbit. Pemandangan wajah tersebut akan menjadi ketara,� katanya.
Sesetengah pendaki yang pernah melihat pembentukan �wajah� itu berkata ia lengkap dengan mata, hidung dan mulut.
Yassin berkata pembentukan �wajah� berkenaan adalah ketara sejak sebelum kejadian gempa bumi tahun lalu.