Lihat Bagaimana Lelaki Ini Belayar Bersama Seekor Ayam (Video)
KISAH pelayaran seorang pemuda, Guirec Soudee, 24, bersama seekor ayam betina bernama Monique sejak Mei 2014 kini menjadi viral di media sosial.
Guirec dan Monique mula menjadi perhatian netizen selepas cerita pengembaraan dan video di Facebook tentang mereka sudah ditonton melebihi sejuta kali.
Guirec dan Monique memulakan pelayaran dari Canary Islands menuju St Bart di kepulauan Carribean dan kini bot mereka berada di Greenland.
�Ketika saya baru memulakan pelayaran Monique berusia empat bulan. Sebelum itu, saya terfikir untuk membawa kucing tetapi jika membawa kucing, terlalu banyak yang perlu diuruskan,� kata Guirec.
Dengan membawa ayam bersamanya, Guirec mendapat bekalan telur ayam sepanjang perjalanan mereka. Secara purata, Monique menghasilkan 6 biji telur seminggu walaupun berada di kawasan yang sejuk.
Guirec turut menyediakan rebah khas untuk Monique yang akan digunakan ketika mereka mengharungi cuaca buruk seperti ribut kencang.
Selepas ini mereka akan belayar merentasi Selat bering menuju ke Alaska.