Mulianya Hati Pemilik Warung Makan Berdekatan Tol Pedas Linggi Ini

Dalam perjalanan menuju ke selatan tadi, hati saya tergerak untuk keluar di susur tol Pedas Linggi. Hajat di hati memang mahu mencari warung untuk singgah makan tengah hari kerana perut sudah pun berbunyi. 

Selepas tol, saya belok ke kiri. Dalam jarak 100 meter terlihat sebuah warung tanpa nama di sebelah kiri jalan. Kami singgah untuk makan. 

Mulianya Hati Pemilik Warung Makan Berdekatan Tol Pedas Linggi Ini

Kami terkejut dengan hidangan pelbagai jenis lauk pauk nismilan seperti masak lomak daging salai, masak lomak pucuk ubi, keli belado, rondang ayam serta banyak lagi yang boleh membangkitkan selera. 

"Jemputlah makan dik, ambillah mana-mana lauk," sapa seorang lelaki tua. 

Sedang asyik kami menjamu selera, dihidangkan pula air sirap satu jag dengan kuih muih talam yang baru siap dimasak. 

Warung Makan Tepi Jalan Berdekatan Tol Pedas Linggi Ini Buat Pengungjung Kagum. Ini Sebabnya.

"Minumlah, tambah lauk lagi adik. Ini kuih baru masak yo, jemputlah makan yo," kata pakcik tua ini sambil melayani kami dan pelanggan yang lain. 

Bayangkan, kami makan nasi 9 orang dengan harga RM45 sahaja. Rupa-rupanya air sirap dan kuih muih tadi percuma. Allahuakbar! Rezeki apa lagi yang mahu kami dustakan? 

Warung Makan Tepi Jalan Berdekatan Tol Pedas Linggi

Warung ini menyediakan nasi berlauk, aneka kuih muih tradisional yang dimasak panas di sini, aneka rempeyek dan aneka kuih talam. Semuanya sedap-sedap belaka. 

Sekiranya tuan lalu Pedas Linggi, singgahlah ke warung ini. Pakcik tua ini namanya Pak Raub, cukup hebat dan terkesan di hari cara beliau menyantuni setiap pelanggan. Ini saudagar jalanan yang hebat. - Ikram Al-Banjari

Gerai Makan Tepi Jalan Berdekatan Tol Pedas Linggi

Kedai Makan Tepi Jalan Berdekatan Tol Pedas Linggi

Kedai Makan Jalanan Berdekatan Tol Pedas Linggi

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel