Novel Mamat Muka Selenga Bab 1 - Bab 15 - Drama Adaptasi Julai 2016 - Akan Datang

? Assalamualaikum ?

Novel Mamat Muka Selenga Bab 1 - Bab 15 - Drama Adaptasi Julai 2016 - Akan Datang



<<Baca Novel Online : Mamat Muka Selenga Bab 1 - Bab 15 - KLIK SINI>> pautan kredit blog penulis

Baca juga Entri <Bila Nak Azan Maghrib Nie>>


Sinopsis Novel Mamat Muka Selenga : Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta?

NUR FATIHAH HUSNA - Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu orangnya sedap mata aku memandang, sebab aku nak bersama dia seumur hidup, dan kalau boleh sampai ke syurga! Jadi, tak salah kan kalau aku memilih? Dan nak buat macam mana kalau kategori sedap mata memandang aku itu rupanya macam Kim Soo Hyun, Lee Min Hoo atau paling kurang pun Syarul Ridzwan? Tak salah, kan? Haha. Tapi dalam banyak-banyak pilihan yang ada, kenapa dia juga yang muncul dalam hidup aku? Kenapa mesti dia?
FAHMI NAZARUL AIN - Tengok dari bawah memang dah cukup segak, dengan tingginya macam model, tetapi bila lihat wajahnya, memang selenga habislah. Suara sudahlah macam petir lepas tu tersengih saja kerjanya. Hobi dia pula melalak dua puluh empat jam. Meluat betul aku!
�Saya dah nak tidur tahu tak? Boleh tak kalau main gitar tu esok aje? Tak aman ke jiwa awak kalau tak main gitar dengan menyanyi tu sehari?� - FATIH
�Orang tua-tua cakap, marah tu tandanya sayang.� - FAHMI
Semakin aku menyampah, semakin galak dia mengusik aku. Tapi bila dia senyap, aku pula yang rindu. Aduh, kenapa dengan aku ni? Tak mungkin aku boleh suka dekat mamat sengal tu. Tak mungkin!
AYDAN DANIAL - Anak majikan tempat aku bekerja, wajahnya persis jejaka Korea, membuat hatiku tergoda tetapi wajah kacak begitu memang wajib jadi playboy ke? Baru saja nak jatuh cinta, jadi berbulu mata tengok dia berkepit dengan perempuan-perempuan tak cukup kain. Tapi manusia boleh berubah, kan? Hehe.
RAIN - Artis popular tanah air yang segak dan bergaya, digilai ramai peminat tetapi di sebalik popularitinya itu dia masih seseorang yang aku kenal, yang terlalu lama aku tidak bersua dan rindukan setengah mati.
Kenapa pada saat aku menanti jodoh persis Korea, dia muncul dengan sengihannya tetapi pada saat rasa suka itu baru saja mahu berputik, dia langsung tidak punya tanda mahu luahkan cinta? Adakah dia benar suka atau aku sekadar syok sendiri? Tega betul dia mempermainkan perasaan aku yang rapuh ni. Memang kurang asam jawa betul mamat ni!
Putih putih melati, merah merah delima,
Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa Mamat Muka Selenga?

Order Novel : KLIK SINI

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel