Perkataan �Popia� Dieja �Fukia� Dalam Jawi Di Bazar Ramadan Viral
SEKEPING gambar menunjukkan sebuah gerai di bazar Ramadan dengan menggunakan banting tertera tulisan Jawi kini tersebar di laman sosial.
Ini gara-gara banting yang digantung oleh gerai yang menjual �popia basah ala Johor� itu jelas mempunyai kesalahan ejaaan dalam tulisan Jawi. Perkataan yang sepatutnya dieja �Popia� tetapi telah disalah eja dengan sebutan �Fukia�.
Rentetan itu rata-rata netizen mengkritik hebat peniaga popia tersebut. Malah ada yang menyifatkan perkataan �fukia� itu hampir menyamai perkataan mencarut.
�Mampu baca dlm hati�x sanggup nak mention maksud kat sni..xpasal2 kena kecam�.erkkkk,� tulis Fazila Mustapa.
Tidak kurang juga ada netizen yang menjadikan kesalahan ejaan itu sebagai bahan lawak.
Seorang pengguna Facebook, Man Jie menulis komen berbunyi, �Tu la� org nk tulih jawi ekau nk tulis jawi� tanyo.la dulu� dh confirm br print� krg jd mcm citer p. Ramlee� alip ya mim = unta�heeehee.�
Walau bagaimanapun, hasrat pemilik gerai untuk memartabatkan tulisan Jawi harus dipuji, dan sekiranya tidak pasti akan sesuatu ejaan, adalah lebih baik bertanya pada yang pakar.