Sejadah Bercahaya Bila Arah Kiblat Tepat Dicipta (Video)

Sejadah unik yang diberi nama El Sajjadah itu dikatakan diperbuat menggunakan bahan neoprene yang mempu bercahaya mengikut corak yang direka iaitu imej Masjid Biru di Istanbul.

Menurut Ozenc, sejadah itu� mempunyai kompas digital yang boleh menentukan arah kiblat dan memberikan maklumat kepada pengguna.

Sejadah Bercahaya Bila Arah Kiblat Tepat Dicipta

Uniknya, sejadah ini juga dilengkapi dengan butang yang boleh menutup cahaya lampu pada sejadah berkenaan.

Difahamkan, pada masa ini hanya terdapat dua El Sajjadah di dunia kerana Ozenc masih lagi mengumpul dana untuk pengeluaran tikar ini secara besar-besaran suatu hari nanti.

Kita doakan semoga usaha Ozenc untuk mengeluarkan sejadah berteknologi ini berjaya tercapai.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel