Datuk Siti Nurhaliza Dedah Kenapa Berniqab Di Tanah Suci Mekah

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Muhd. Jiwa telah berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah sejak 25 Jun lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 4 Julai nanti.

Siti dan suami kini telah selamat tiba di sana serta sedang menjalani ibadah itu menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan menerusi laman sosial miliknya lapor Mynewshub.

Datuk Siti Nurhaliza Dedah Kenapa Berniqab Di Tanah Suci Mekah


Namun, sekeping foto Siti memakai niqab telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminatnya dan juga netizen.

Rata-rata netizen memuji keayuan penyanyi itu ketika berniqab. Walau bagaimanapun, ada sahaja pihak yang tidak menyenangi dan mempersoalkan tujuan Siti mengenakan niqab.

Memakai Niqab Di Tanah Suci Mekah, Ini Penjelasan Datuk Siti Nurhaliza

Memakai Niqab Di Tanah Suci Mekah, Ini Penjelasan Datuk Siti Nurhaliza

Bagi menjawab persoalan itu, Siti menyatakan tujuan dia berniqab adalah kerana ingin fokus beribadat dan tidak mahu ibadatnya terganggu dengan kehadiran peminat-peminatnya.

Seorang netizen amreysz berkata: �Dato Siti fokus dengan ibadat jer ok.. Tak payah fikir benda yang tak penting� Inshaa�Allah pasti termakbul doa Mak iti, semoga bertemu malam Lailatul Qadar Amin.�

Memakai Niqab Di Tanah Suci Mekah, Ini Penjelasan Datuk Siti Nurhaliza

Foto Siti memakai niqab di tanah suci itu telah menerima lebih daripada  32.5 ribu tanda likes setelah dimuat naik di Instagram sejak sehari lalu.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel