5 Petua Berkesan Nak Halau Semut Datang Dekat Dengan Makanan

Screen-Shot-2016-08-30-at-3-44-46-PM

Oleh Feyra Nasrom Sumber wanista

Kalau tinggal makanan bawah saji terus kena hurung dengan semut. Kadang-kadang runsing fikir, dah letak ubat atau sembur racun serangga pun masih tak ada kesan kan. Tapi korang pernah cuba tak 5 cara ni? Cuba buat dekat rumah, hasilnya korang tengok lah semut makin berkurang atau tak, okay? Selamat mencuba!

1. Korang sembur air limau nipis di kawasan yang banyak semut. Kenapa limau nipis? Asam yang terkandung dalam limau nipis menghalang pergerakan semut

2. Tanam lavender atau tumbuhan mint di kawasan rumah. Semut tidak suka bau aroma tumbuhan ini. Nak lagi berkesan, tanam dan letak di kawasan banyak semut.

3. Tabur kulit kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur di kubu semut.

4. Guna silika gel di kawasan yang lembab untuk memancing bau agar semut datang

5. Kebersihan. Jangan biar makanan di atas meja dengan lama. Cuci, sapu dan yang penting setiap sudut rumah kena sentiasa bersih dan terjaga.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel