Ahya Rosli Ubah Nama Kedai 'Kelentit Rindu'



Pelakon dan model Ahya Rosli memberitahu kedai shiha miliknya diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama Kelentit Rindu digunakannya.


Ahya, 29, berkata, ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri juga meminta untuk dia menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada Alyahyashisa kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.

"Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu.

"Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel