Amar Baharin, Amyra Rosli Terbang ke Luar Negara Untuk Pre-Wedding Photoshoot?

Ada suara yang bisik-bisik mengatakan pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli yang sudahpun bertunang baru-baru ini terbang ke luar negara semata-mata untuk menjalani fotografi praperkahwinan!
Betul ke?? Wow, terbang sampai luar negara untuk pre-wedding photoshoot???
"Sebenarnya mereka ke Cardiff untuk berkerja bagi penggambaran drama terbitan Pena Kreatif berjudul Cinta Di Langit Cardiff, jadi alang-alang sudah ke sana, kita cubalah aturkan masa untuk photoshoot pre-wedding. Simple-simple sahaja, ikut masa yang terhad," ujar Mama Amyra ramah apabila diajukan wartawan tentang perihal berkenaan.