Didakwa Bakal Berkahwin Dengan �Suami Orang�, Ini Jawapan Neelofa
PENGACARA dan usahawan berjaya, Neelofa baharu-baharu ini didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang bergelar �suami orang� dan dikatakan akan menjadi isteri kedua lelaki tersebut.
Walau bagaimanapun, Neelofa tampil menafikan dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan dengan lelaki yang juga merupakan seorang yang berstatus VIP.
�Saya tidak memerlukan lelaki itu dalam hidup saya, jauh lagi wang ringgitnya. Saya tidak memerlukan apa-apa dari lelaki tersebut dan saya baharu tahu tentang cerita ini minggu lalu.
�Saya sudah jemu mendengar cerita yang sama berulang kali. Saya dikaitkan dengan lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu bagaikan tidak berpenghujung.
�Selalu sangat cerita ini dibangkitkan. Sebelum ada yang datang untuk mengasari saya, biar saya maklumkan, di sebalik kelembutan saya, saya juga ada perwatakan seperti lelaki.
�Saya sudah dewasa untuk melawan, jangan ingat saya tidak berupaya untuk mempertahankan diri,� katanya kepada BH Online.
Neelofa juga menepis dakwaan yang mengatakan dia bersama dengan lelaki VIP tersebut kerana statusnya sebagai seorang lelaki yang ternama dan kaya.