Hilangkan Selulit Dengan Guna Kopi? Lihat Cara-Cara Penyediaannya
Oleh Feyra Nasrom Sumber wanista
Masalah selulit ni memang tak dapat dielakkan. Tambahan bagi mereka yang berbadan besar, metabolism rendah, suka makan makanan yang tidak sihat dan sebagainya antara faktor wujudnya selulit di badan. Selulit biasa terkumpul di bahagian bawah lengan, perut , betis dan paha. Walaupun dah cuba pelbagai jenis produk untuk hilangkan masalah selulit,tetapi masih belum berjaya. Jangan risau, apa kata korang cuba cara semula jadi ni. Lebih berkesan dan mudah aje ! Nak tahu apa?
Kopi. Ya, kopi adalah penyelesai segala masalah anda. Sebenarnya, hampas kopi apabila dicampur dengan minyak zaitun akan membaiki struktur kulit yang selulit dan juga membuat peredaran darah jadi lancar. Jadi, cara-cara penyediaannya senang sahaja.
-Hampas kopi
-Minyak zaitun
Cara-cara:
-campur minyak zaitun dengan hampas kopi dan kacau hingga jadi pes.
-gosok pes dibahagian kulit yang berselulit
-kopi akan bekerja sebagai skrub
-sapu dan urut-urut beberapa minit dengan melakukan gerakan memutar
-Bilas dan keringkan dengan tuala.
Haaa senang je kan? korang kena sentiasa amalkan seminggu sekali dan insyaallah masalah selulit akan hilang.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW