Kali Terakhir Erra Fazira Jumpa Shahir Adalah 2 Tahun Lalu
Pelakon Erra Fazira menjelaskan kali terakhir dia bertemu dengan penyanyi Shahir yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya hampir dua tahun lalu.
"Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Erra meminta agar kisahnya dengan Shahir tidak lagi diperbesarkan kerana mereka sekadar berkawan.
"Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan," katanya.