Khai Bahar Hina Sarawak?



Baru-baru ini Khai Bahar yang diundang ke program bual bicara Malaysia Hari Ini telah mengeluarkan kenyataan secara tidak sengaja yang telah mengguris perasaan netizen terutamanya dari Sarawak.

Difahamkan dalam kejadian itu Khai tersasul kata dengan menyatakan di negeri tersebut dia hanya bermain aplikasi Smule dek kerana ketiadaan aktiviti lain yang boleh dilakukannya di sana.

Bagaimanapun Khai Bahar tampil memberi kenyataan dalam medium akaun sosial Instagram miliknya. 

�Assalamulaikum... Khai minta maaf untuk semua warga Sarawak, Khai tidak ada niat nak menghina Sarawak. Malah Khai sayang Sarawak. Lagipun Khai sudah lama tinggal di sana. Cuma sedih bila korang cakap Khai menghina. Khai bukan nak pertahankan diri atau apa, memang salah Khai sebab tersasul perkataan macam tu. Khai tak bermaksud langsung dan Khai juga tak paksa sesiapa untuk sukakan Khai. Hanya nak tahu kepada yang muat naik video Khai kenapa di potong video pada masa itu? Kenapa tidak muat naik video penuh? Sekali lagi saya minta maaf semua, memang salah saya,� coretnya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel