Lelong Medal Yang Dimenangi Di Olimpik Rio 2016, Bantu Kanak-Kanak Menghidap Kanser
Atlet dari Poland, Piotr Malachowski, pemenang pingat perak dalam acara lempar cakera di Sukan Olimpik Rio 2016 telah melelong medal yang dimenanginya demi membantu seorang kanak-kanak yang menderita kanser mata.
Hasil lelongan itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan Olek Szymanski di New York, satu-satunya tempat yang menawarkan rawatan untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.
Piotr turut mengajak orang ramai untuk membantu si kecil itu. Tempoh lelongan akan berlangsung sehingga Jumaat ini.
Sumber: newsweek
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW