Mengamuk Kereta Dikunci Anggota MPSJ; "Jangan Jadi Macam Saya" - Lan Pet Pet



Angkara tidak berpuas hati selepas tayar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya dikunci kerana diletakkan di depan sebuah bank di USJ 10, Subang Jaya, pelawak terkenal Lan Pet Pet yang juga merupakan adik ipar kepada selebriti terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta terpaksa berhadapan dengan keadaan yang memalukan.

Video Lan memarahi anggota MPSJ yang bertugas sudah pun tersebar luas dalam media social sejak Khamis lalu.

Menyedari kesilapannya, Lan tampil membuat penjelasan kepada media.

"Jangan jadi macam saya. Sepatutnya saya tenang dalam keadaan tersebut. "Saya perlu faham mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja.


"Tetapi semuanya sudah selesai dan saya juga sudah selesaikan kompoun RM80,"katanya.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel