Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD Online

Permohonan Kemasukan Putera 2017 Online. Bagaimana cara memohon kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja secara online? Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2017 kini telah di buka untuk pelajar PT3 tahun 2016. Permohonan Kemasukan Putera 2017 secara Online ini akan dibuka bermula dari 5 Ogos 2016 sehingga 30 November 2016.

Permohonan Kemasukan Putera MTD 2017 Online

Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD Online

Berikut dikongsikan panduan membuat permohonan kemasukan Putera 2017 Maktab Tentera DiRaja online :-

  • Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my
  • Tawaran terbuka kepada murid Tingkatan 3 tahun 2016
  • Tarikh tutup permohonan ialah 30 November 2016
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-8946 5565/ 03-8965 5562.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 tahun 2017 adalah seperti berikut:-
  • a. Warganegara Malaysia.
  • b. Jantina - Lelaki.
  • c. Tinggi Minimum - 152 sm.
  • d. Berat Minimum - 40.5 kg.
  • e. Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27.
  • f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • g. Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
  • h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri
    jika melakukan aktiviti lasak.
  • i. Memperolehi keputusan  yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan  Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Permohonan boleh dibuat namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan.
  • j. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
  • k. Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka
    melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • l. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan  pada minggu kedua Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan  Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017.
  • m. Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut
    pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017.
  • n. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan).  Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform. Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan

Selamat membuat permohonan Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD Online kepada pelajar PT3 2016. Diucapkan semoga anda berjaya dalam permohonan nanti. Sumber : Iklan Kemasukan MTD

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel