Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor TLKJ 2016

Permohonan Bantuan TLKJ 2016. Anda sedang mengikuti latihan kemahiran pelbagai peringkat dan memerlukan bantuan? Berita baik buat anak-anak Johor melalui perkongsian dari FB Yayasan Pelajaran Johor, adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2016 telah dibuka bermula dari 1 Ogos sehingga 30 November 2016. Bantuan sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada mereka yang layak.

Permohonan bantuan TLKJ 2016 Johor

Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor TLKJ 2016

Berikut adalah maklumat lanjut permohonan yang mengandungi panduan, syarat-syarat kelayakan, borang permohonan dan cara menghubungi.

Syarat Permohonan

Pemohon yang layak memohon adalah seperti syarat permohonan berikut :-
1. Bermaustautin tetap di negeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
2. Mengikuti kursus kemahiran di Institusi�Institusi dalam Negeri Johor sahaja
3. Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (contoh : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off)
4. Jenis Pensijilan :

  • a) Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Siji lKemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • b) Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
5. Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut:
  • a) Belia keciciran dan tamat tingkatan3/ lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
  • b) Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
  • c) Pelajar yang sedang/ pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti didalam industri mestilah disertakan bersama (Contoh: sokongan majikan)
6.Bidang latihan yang ditaja adalah bidang yang menjadi tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti berikut:
  • a) Hospitaliti dan Pelancongan
  • b) Minyak & Gas
  • c) Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor
Muat turun iklan permohonan di YPJ TLKJ 2016

Cara Memohon Dan Borang Permohonan

a) Sila layaril aman web YPJ di www.ypj.gov.my
b) Muatturun borang permohonan TLKJ
. Sila muat turun Borang permohonan di Borang TLKJ 2016
c) Lengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan
d) Hantar ke pejabat YPJ di alamat seperti berikut:

Bangunan YPJ, 15, Jalan Nuri
Kampung Dato Onn Jaafar
80990 Johor Bahru
Johor, Malaysia

Dokumen yang diperlukan

  • a) Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa
  • b) Surat tawaran belajar dari pihak institusi/ pusat latihan
  • c) Surat tawaran bekerja selepas tamat belajar/ latihan dari industri (jika berkaitan)
  • d) Slip gaji ibu dan bapa/ penjaga

Cara Hubungi

Keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Bantuan Pendidikan YPJ di talian 07-2344355 (Pn Norhedayu) atau emel ypjtlkj@gmail.com

Selamat memohon kepada anak-anak Johor yang laya dan semoga anda berjaya mendapat Bantuan TLKJ ini.
Sumber FB YPJ 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel