Piala AFF Suzuki 2016 Keputusan Undian Kumpulan

Keputusan Undian Piala AFF Suzuki Cup 2016. Malaysia diundi di kumpulan mana di Piala AFF Suzuki Cup 2016? Kejohanan bolasepak dua tahun sekali (dwi tahunan) Piala AFF tahun ini atau Kejohanan Bolasepak ASEAN akan diadakan pada 19 November hingga 17 Disember 2016 . Majlis Undian Piala AFF Cup akan berlangsung pada hari Selasa, 2 Ogos 2016 di Yangon, Myanmar jam 8.30 malam. Tuan rumah bersama adalah Myanmar dan Filipina.

Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016

Piala AFF Suzuki 2016 Keputusan Undian Kumpulan

Sebanyak lapan pasukan akan beraksi pada kejohanan Suzuki Cup 2016 dan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 4 pasukan dalam setiap kumpulan. Malaysia telah diletakkan dalam Pot 2 (Balang 2) bersama juara bertahan Thailand. 

Berikut adalah senarai pasukan mengikut balang untuk Undian kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 :-
  • Pot 1 : Myanmar dan Filipina
  • Pot 2 : Malaysia dan Thailand
  • Pot 3 : Singapura dan Vietnam
  • Pot 4 : Indonesia dan pasukan yang menjuarai pusingan kelayakan (Brunei, Cambodia, Timor Leste dan Laos)

Berikut adalah keputusan undian kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 :-
  • Kumpulan A : Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia
  • Kumpulan B : Myanmar, Malaysia, Vietnam dan juara pusingan kelayakan 
  • Bola rasmi adalah the Mitre Delta Hyperseam

Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016

Jadual Perlawanan

  • Perlawanan peringkat kumpulan : 19 hingga 26 November 2016
  • Perlawanan separuh akhir : 3/4 Disember (Perlawanan pertama) dan 7/8 Disember 2016 (Perlawanan kedua)
  • Perlawanan akhir (Final) : Home dan away pada 14 dan 17 Dismeber 2016

Selamat berjuang untuk semua pasukan di kejohanan bolasepak berprestij di Asia Tenggara. Moga skuad Harimau Malaysia mampu beraksi cemerlang kali ini. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel