Terkesan Dengan Hinaan; Almy Nadia Nekad Turunkan Berat Badan Lepas Bersalin
Pelakon Almy Nadia berazam untuk kembali mendapatkan bentuk tubuh asalnya selepas melahirkan anak keduanya pada awal Oktober depan.
Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 29, berkata, dia ingin berbuat demikian bukan kerana terkesan dengan kata-kata menghina kenaikan berat badannya yang mendadak sejak melahirkan anak pertama sebaliknya untuk kebaikan diri sendiri.
"Sudah tentu saya ingin dapatkan bentuk asal seperti sebelum ini malah berazam selepas melahirkan anak kedua nanti saya akan kuruskan badan.
"Saya buat bukan untuk puaskan hati orang lain tetapi diri sendiri kerana fokus saya tidak ke arah kecantikan sahaja tetapi demi menjaga kesihatan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.