Tiga Minggu Mencari; Aisy Mateen Pilihan Nama Anak Lelaki Yana Samsudin

Selepas tiga minggu memikirkan nama yang sesuai dan mempunyai maksud yang baik dari segi agama, akhirnya pasangan, Fadzil Zahari dan Yana Samsudin sepakat menamakan bayi sulung mereka, Aisy Mateen.
�Ketika saya dan isteri sedang mencari nama untuk Aisy Mateen, kami seboleh-bolehnya mahu ianya membawa maksud yang baik-baik dan sedap didengar. Selain itu juga, kami juga menginginkan nama yang dipilih betul-betul sesuai dengan dia kerana menurut kata orang tua-tua, nak bagi nama pada anak kenalah teliti, jangan main bubuh saja asal sedap bunyi saja�. - Astro Gempak