Abang Durjana! Rogol Adik Ipar OKU


Kota Bharu: Pengawal keselamatan menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan terhadap tuduhan merogol adik iparnya.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 26 tahun mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.


Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik iparnya berusia 27 tahun yang mempunyai hubungan dengannya di rumah di Machang pada 5 pagi, 28 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel