'Abang Baliklah Kerja Cepat,Saya Nak Cium Ketiak Abang'


Begini, saya sudah berkahwin selama dua tahun dan isteri saya sekarang tengah mengandung 3 bulan. Yang membuatkan saya rimas sekarang ini ialah, isteri ada tabiat pelik. Saya nak buat kerja pun susah. Kejap-kejap dia call.

"Cepatlah balik, cepatlah balik," 

Kalau saya boss/tuan punya syarikat tak apalah juga. Ini saya cuma makan gaji saja. Bukan apa, isteri saya nak suruh saya balik semata-mata nak satu benda sahaja. 

"Dia nak cium ketiak saya!"

Dari mula dia mengandung sehingga sekarang, tak berubah. 

Lagi satu perkara yang membuatkan saya tidak selesa. Dia tak bagi saya mandi bila saya balik kerja atau selepas main futsal. Dia kata kalau selepas mandi, bau ketiak tak sama. Maka terpaksalah saya ikutkan. Kalau tak, tak tahu apa yang akan terjadi. Nasib masa nak pergi kerja tak ada pula dia kata tak payah mandi. Hahahaha!

Sekarang ini, apa yang patut saya buat nak bagi isteri berubah? Kalau boleh tak naklah macam ni. Kalau begini selama 9 bulan, tak tahulah apa yang akan terjadi pada saya nanti. Hahaha!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel