'Jangan Bergurau Bab Poligami Depan Isteri'
Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya, Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri. Baru-baru ini beliau baru saja mendapat cahaya mata. Comel anak dia. Selepas habis program di Pasir Gudang, selepas solat semua, ajak Ustaz Iqbal makan di Asam Pedas Power Johor dan kami bersembang.
"Lil, lain kan dah ada anak dengan tak ada anak lagi. Allahu.. Lil, aku bersama dengan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu bayi keluar. Isteri aku berkata,
"Abang, apa-apa yang berlaku kejap lagi, biar anak selamat. Apa-apa berlaku pada saya tak apa,"
"Aku menangis Lil. Aku tengok dari mula sampai akhir isteri aku bersalin. Aku rasa, Ya Allah, payahnya laa. Aku terus teringat pada mak aku Lil. Aku lahir dulu besar 4kg lebih. Lagi teruk mak lahirkan aku dulu," katanya.
"Masa kami berdua saja, aku selalu bergurau dengan isteri yang aku nak kahwin dua.
"Biar awak senang sikit, saya kahwin dua awak ada kawan."
"Masa itu, orang rumah aku marah dan merajuk. Aku tak faham. Selepas aku tengok dia bersalin, aku dah tak nak sebut-sebuh perkara kahwin dua ini Lil. Kasihan kat isteri aku," katanya.
Allahu, saya terfikir ramainya suami-suami hari ini menjadikan perkara poligami itu sebagai bahan gurauan. Tetapi langsung tak tahu. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tetapi sangat memberikan kesan pada hati seorang wanita.
Nampak seperti tiada apa-apa, dia cubit kita, merajuk bagai. Tetapi dia akan ingat sampai bila-bila gurauan kita itu. Kadang-kadang perkara-perkara gurauan seperti ini akan membuatkan isteri hilang rasa hormat pada kita. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa.
Saya, kalau timbul perbincangan tentang kahwin dua dan sebagainya di depan saya, isteri saya akan terus berkata,
"Saya tiada masa nak fikir semua ini. Kerja saya banyak," katanya.
Saya nak ajak para suami dan kawan-kawan, walaupun poligami dibenarkan syara', tetapi jangan jadikan perkara itu sebagai gurauan. Kita bergurau dengan cara lain seperti main angkat-angkat dia ke, main kejar-kejar ke, main menyorok ke ke, yang boleh buat dia gembira bersama kita.
Jangan sesekali jadikan poligami sebagai bahan gurauan di depan isteri dan anak-anak kita. Kita jaga perasaan orang rumah kita sebagaimana kita mahu isteri menjaga perasaan kita juga.
Ya Allah, maafkan saya, maafkan kami semua. Kami tak perasan perkara-perkara kecil ini.
Saya pernah dengar, bila isteri selepas bersalin, kita kena banyak puji isteri kita. Cakaplah, "awak sangat kuat. Awak banyak tolong saya. Saya dapat rasakan yang awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan career saya."
Sekali sekala pujilah isteri di depan mak ayah dia. Mak ayah dia pun jadi suka, isteri pun suka. Tetapi malangnya hari ini kita sebagai suami jarang sangat dan berat sangat mulut nak memuji isteri kita yang banyak berkorban untuk kita. Bukankah dia pernah melahirkan zuriat kita? Dia yang menanggung perit itu semua?
Ya Allah, maafkan kami. Kami tak pandai menjadi suami yang terbaiik