Bilik Kecil Berhantu Bawah Rumah - di Perak



Sambungan dari Episode #01 <----- KLIK DI SINI

Meor mengangkat basikalnya dan secara perlahan-perlahan pergi dari situ.
Meor terus pulang ke bilik sewanya di pekan.

Dalam perjalanan pulang, Meor teringat-ingat akan lembaga putih seperti seorang wanita yang merangkak di luar bilik rahsia Pak Me'ong di bawah rumah itu.
Jam di tangannya menunjukkan sudah pukul 3.30 pagi.
Suasana di sekeliling teramat sunyi.
Secara tiba-tiba angin bertiup kencang ke sana sini.
Daun-daun kering di atas jalan berterbangan sana sini.
Pokok-pokok di tepi jalan bergoncang kuat seakan-akan ada sesuatu sedang menggoncangkan pokok itu dengan kuat.

Meor melajukan kayuhan pada basikalnya..
Meor berasa agak cemas....kayuh punya kayuh..akhirnya
Beberapa minit kemudian, Meor sampai juga di bilik sewanya...

Sebaik sahaja Meor lelapkan mata,,

Dalam beberapa minit selepas itu,

Meor terdengar bunyi tingkapnya diketuk-ketuk...
ketukan itu sangat perlahan, tetapi berterusan.....

Meor terjaga dari tidur..
Alangkah terkejutnya Meor apabila melihat satu lembaga yang berkulit sangat hitam, berambut kusut dan panjang, dan pada mulutnya mengalir keluar darah yang sangat pekat...
Lembaga itu berdiri betol-betol di luar tingkap bilik Meor dan kelihatan lembaga itu mengetuk-ngetuk tingkap bilik Meor.

Meor sangat terkejut dan merasa sangat cemas...
Meor akhirnya menggapai bantalnya dan menutup mukanya dengan bantal sambil memejam mata untuk tidur.
Tangannya menggeletar....
Badannya berpeluh-peluh kerana ketakutan.

Selepas beberapa minit,
akhirnya Meor tertidur jua...

Keesokan Meor bangun, dan Meor terus bergerak menuju ke rumah Pak Me'ong untuk melihat apa sebenarnya dalam bilik rahsia Pak Me'ong itu..

Meor memang dah tak sabar untuk selesaikan masalah ni.

Sebelom tu, Meor sempat panggil seorang Ustaz yang dikatakan berpengalaman menguruskan hal-hal makhluk ghaib ini. Kerana Meor yakin Pak Me'ong ada bela jin....

Ustaz itu mengikut Meor ke rumah Pak Me'ong....

Sebaik sahaja sampai di rumah Pak Me'ong,,Meor terus memanggil-manggil Mak Bedah..

"Makkk Bedahhh, ooooooooo Mak Bedahh", jerit Meor....

Mak Bedah pun turun, "Ape kehelnye ni Meor?"..

"Mak Bedah, ikut saya..", kata Meor..

Meor pun menuju ke bilik rahsia bawah rumah tu,,
Meor cuba buka pintu bilik itu namun tak berjaya kerana berkunci dari dalam..

Meor pun apa lagi, dengan sekuat hati menendang pintu bilik tersebut....

Sebaik sahaja pintu tersebut dibuka, semua orang terkejut...

"Astaghfirullahal aziim!!", kata Mak Bedah...
"Apa abang buat ni?!!", sambung Mak Bedah....

Kelihatan Pak Me'ong sedang memakan beberapa ekor ayam hidup-hidup..

Sebelum sempat mereka bertiga buat apa-apa, tiba-tiba Pak Me'ong berlari laju ke dalam hutan.
Mereka bertiga pun apa lagi, terus mengejar Pak Me'ong...

Sebaik sahaja mereka dapat tangkap Pak Me'ong, Ustaz tersebut terus cuba untuk merawat Pak Me'ong....

Pak Me'ong kelihatan seperti orang yang kena rasuk...
dengan mata bulatnya, mulutnya dipenuhi darah..di tangannya memegang sebilah pisau, kemungkinan digunakan untuk membunuh ayam dalam bilik rahsianya itu...

Sedang ustaz tersebut, merawat Pak Me'ong dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan merenjis renjis air pada tangannya ke Pak Me'ong, Pak Me'ong kelihatan seperti orang yang sedang sakit kepanasan...

Tidak lama selepas itu, Pak Me'ong mengangkat tangannya dan menikam dirinya sendiri tepat pada jantungnya....

Mereka bertiga terkejut, terutamanya Mak Bedah.. "Allah!!! Kenapa ni banggg??!", kata Mak Bedah sambil menangis-nangis...

So, terjawablah misteri Pak Me'ong selama ni....

Meor pun pulang ke rumahnya, dan berjumpa ibu bapanya...
Menangis ibu bapanya apabila melihat Meor sebenarnya masih hidup..

Sampai sekarang Meor masih tertanya-tanya kenapa orang lain melihatnya sudah meninggal dunia pada pukul 3 pagi tersebut...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel